Pengenalan Cloud Framework Agreement (CFA)

Cloud Framework Agreement (CFA) merupakan dokumen kontrak antara Kerajaan melalui MAMPU dengan Cloud Service Provider (CSP) dan Managed Service Provider (MSP) yang dilantik oleh Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan cloud kepada semua Agensi Kerajaan. CFA akan dikawal selia oleh MAMPU sebagai agensi teknikal yang bertanggungjawab ke atas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam. Pelaksanaan obligasi di bawah CFA akan dipantau oleh MAMPU sebagai pentadbir kontrak.

Amazon Web Services (AWS)
MSP : Radmik Solutions Sdn Bhd
Google Cloud
MSP : Awantec Systems Sdn Bhd
Microsoft
MSP : Enfrasys Solutions Sdn Bhd
Telekom Malaysia (TM)
MSP : Cloud Connect Sdn Bhd