Skop Perkhidmatan Cloud Service Provider (CSP)

Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) jenis akaun atau peringkat akaun perkhidmatan cloud iaitu:

(i) Akaun MAMPU (Master Account) sebagai pentadbir framework agreement, boleh melanggan, memantau penggunaan cloud, maklumat bil/caj pembayaran perkhidmatan cloud bagi semua agensi Kerajaan Malaysia dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan; dan

(ii) Akaun agensi Kerajaan Malaysia (sub account) sebagai pengguna perkhidmatan cloud yang boleh melanggan, mengkonfigurasi, memantau penggunaan cloud, melakukan optimasi perkhidmatan cloud, bil/caj dan pembayaran bagi agensi masing-masing dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan.