Soalan Lazim: Perkhidmatan Pengkomputeran Awan
a) Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, bertarikh 10 Jun 2021;
b) Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam, bertarikh 9 Ogos 2021; dan
c) PK 2.6: Pekeliling Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam,
berkuat kuasa mulai 15 April 2022.
Terdapat empat (4) tatacara perolehan pengkomputeran awan seperti berikut:
a) Kos projek kurang dari RM5 juta dan menggunakan peruntukan MAMPU
i. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
ii. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
iii. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada mygovcloud[at]mampu.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal MAMPU;
iv. Mendapatkan kelulusan JPICT MAMPU; dan
v. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
b) Kos projek kurang dari RM5 juta dan menggunakan peruntukan selain peruntukan MAMPU
i. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
ii. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
iii. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa[at]mampu.gov.my dan mygovcloud[at]mampu.gov.my. Templat
permohonan boleh didapati di portal MAMPU; dan
iv. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
c) Kos RM5 juta dan ke atas
Tatacara adalah sepertimana permohonan kelulusan teknikal JTISA.
i. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
ii. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
iii. Permohonan dikunci masuk ke dalam Sistem PROFIT; dan
iv. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
d) Kos projek kurang dari RM5 juta dan menggunakan peruntukan selain peruntukan MAMPU yang melibatkan Managed Service Provider (MSP) sebagai Pengedar Tunggal (Sole Provider)
i. Melaksanakan kajian pasaran melalui pengedar tunggal;
ii. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
iii. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan
kepada urussetiajtisa@mampu.gov.my dan mygovcloud@mampu.gov.my. Templat
permohonan boleh didapati di portal MAMPU;
iv. MAMPU mengesahkan bahawa produk hanya ditawarkan oleh satu CSP (pengedar
tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus; dan
v. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
a) Kontrak yang masih berkuat kuasa
i. Agensi boleh meneruskan kontrak sedia ada sehingga tempoh kontrak tersebut tamat;
ii. Bagi kontrak yang akan tamat pada atau sebelum 30 September 2022, Agensi dibenarkan untuk melanjutkan kontrak sehingga tempoh maksimum selama satu (1) tahun sahaja (tempoh interim). Pelanjutan kontrak ini adalah tertakluk kepada tatacara
sedia ada; dan
iii. Perolehan baharu selepas tempoh interim hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6.
b) Kontrak yang telah tamat
i. Pembaharuan lesen hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6.
c) Kontrak baharu
i. Perolehan baharu hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6.
Nota:
Kontrak Pusat Master Licensing Agreement (MLA) telah tamat pada 1 Februari 2021.
a) Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian /Agensi;
b) Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa[at]mampu.gov.my dan mygovcloud[at]mampu.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal MAMPU;
c) MAMPU mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus; dan
d) Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
Nota:
Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP
bagi produk Google Workspace.
Agensi boleh memohon kepada MAMPU bagi penggunaan peruntukan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah projek Government Hybrid Cloud (GHC). Peruntukan hanya boleh digunakan bagi skop perkhidmatan berikut:
a) Infrastucture as a service (IaaS);
b) Platform as a service (PaaS);
c) Software as a service (SaaS); dan
d) Cloud Profesional services yang ditawarkan oleh CSP dan MSP.
Secara umumnya, perkhidmatan profesional/managed services yang bersifat pengurusan atau operasi harian tidak termasuk dalam skop yang akan dibayar oleh MAMPU.
MAMPU hanya menanggung empat (4) jenis perkhidmatan tersebut daripada empat (4) Panel
CSP dan empat (4) MSP sahaja. Perkhidmatan lain seperti pembangunan sistem, penyelenggaraan, managed services dan sebagainya tidak tertakluk di bawah tanggungan MAMPU.
Perkhidmatan migrasi, pembangunan sistem (yang memerlukan pelantikan System Integrator (SI)), penyelenggaraan, pengoperasian/managed services etc.
Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam merupakan gandingan antara MAMPU sebagai penyedia perkhidmatan cloud Kerajaan dengan empat (4) panel cloud service provider (CSP) iaitu:
a) Amazon Web Services (AWS) Sdn. Bhd.;
b) Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;
c) Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.; dan
d) Telekom Malaysia Berhad.
Manakala Managed Service Provider (MSP) yang merupakan syarikat tempatan yang dilantik oleh CSP masing-masing iaitu:
a) Radmik Solutions Sdn. Bhd.
b) Awantec System Sdn. Bhd.
c) Enfrasys Solutions Sdn. Bhd.
d) Cloud Connect Sdn. Bhd.
210103: Software all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance;
210104: Software / system development including maintenance-data entry/data processing;
210105: Telecommunication/networking supply product, infrastructure,
services including maintenance LAN/WAN/Internet/wireless/satellite);
210106: Data management – provide service including maintenance (database/web hosting, disaster, planning/recovery, information storage /retrieval); dan
210107: ICT security and firewall, Encryption, PKI, AntiVirus
Senario 1
Sekiranya produk/ perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut digunakan secara meluas di sektor awam (well known/common) seperti Adobe, Kahoot, AutoCad dan lain-lain, pengecualian boleh dipertimbangkan.
Senario 2
Sekiranya produk/ perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut tidak digunakan secara meluas
di sektor awam dan agensi pemohon belum menggunakannya:
a) Agensi perlu membuat kajian pasaran di kalangan empat (4) Panel MSP/CSP untuk mendapatkan produk/ perkhidmatan yang setara; dan
b) Sekiranya hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada produk yang setara, pengecualian boleh dipertimbangkan.
Tidak perlu. Perisian on-premises yang tertakluk di bawah CFA meliputi produk Microsoft dan ianya adalah kesinambungan daripada kontrak pusat MLA yang telah tamat.
PKPA Bil. 1/2021
Pemakaian pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini
dipanjangkan kepada semua:
a) Perkhidmatan Awam Negeri;
b) Pihak Berkuasa Berkanun; dan
c) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
SPA Bil. 3/2015
Surat Pekeliling Am ini terpakai kepada semua agensi Sektor Awam bagi semua projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)/ Public-Private Partnership (PPP).
Agensi perlu merujuk PKPA Bil.1/2021 dan SPA Bil.3/2015
Ya. Klasifikasi data penting bagi menentukan jenis pengkomputeran awan yang boleh digunakan, sama ada public cloud (GHC), private cloud (PDSA) atau pusat data agensi sendiri.
Agensi perlu menjalankan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rahsia rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan (data-dalam simpanan, data-dalam-pergerakan dan data-dalam-penggunaan) di pengkomputeran awan.